Ahad, 19 Januari 2014

Makan Cara Rasulullah s.a.w


Teks       : Khairul Syifa Ismail

Gambar : Carian Google

 

 

http://2.bp.blogspot.com/-Tbawt0CUzTM/UhWGcB04UbI/AAAAAAAACGk/3De_9KXU7ZE/s1600/makanan%2Bbali.jpg

 

Assalammualaikum, salam ukhwah!

 

Pernahkah kita terfikir untuk makan demi mendapat berkat dan rahmat Allah?  Maklumlah jika perut sudah lapar, makanan enak pula sudah terhidang di hadapan mata tentu  otak tiada masa untuk berfikir lagi selain daripada MAKAN!  Kadang kala doa dan Basmalah juga terlupa dibaca.  Persoalannya bagaimana mahu mencari berkat dan rahmat Allah itu? Mudah sahaja, jawapannya kembalilah kepada Sunnah Rasulullah s.a.w.  Di bawah ini saya kongsikan beberapa amalan cara makan Rasulullah s.a.w.  Semoga kita sama-sama beroleh manfaat dan berkatnya.  InsyaAllah!

 

  • Rasulullah s.a.w  membaca Basmalah sebelum memulakan makan.
     
  • Rasulullah s.a.w  makan dengan menggunakan tiga jari tangan kanannya sahaja.

  • Rasulullah s.a.w  mengecilkan suapan dan mengunyah dengan baik.
     
  • Rasulullah s.a.w  makan dengan menggunakan tangan dan menghidang makanan di atas lantai  ( untuk mendekatkan diri kepada sifat tawadhuk )
     
  • Rasulullah s.a.w  mulai makan bermula dari tepi dan bukannya dari tengah makanan.

  • Rasulullah s.a.w  tidak pernah mencela makanan.  Sekiranya Baginda s.a.w mengemari makanan yang dihidangkan, Baginda s.a.w  akan makan tetapi jika sebaliknya Baginda s.a.w  akan meninggalkan makanan itu tanpa sedikit pun mencelanya.
     
  • Rasulullah s.a.w  tidak pernah meniup makanan atau minuman yang masih panas.  Baginda s.a.w  akan menunggu dengan sabar makanan itu sejuk terlebih dahulu kemudian barulah Baginda s.a.w  akan makan.

  • Rasulullah s.a.w  menghindari makan dengan berlebihan.
     
  • Rasulullah s.a.w  sentiasa  mengakhiri makan dengan memuji Alah.
      

“ Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar kepadanya kamu  dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar kepada-Nya kamu menyembah”

 

( al-Baqarah : 172 )

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan