Ahad, 5 Januari 2014

Andai Jodohmu Belum Ketemu lagi

Teks      : Khairul syifa Ismail
Gambar : Google



Andai  jodohmu belum ketemu lagi
Bukan bererti tiada bahagia
Bukan juga kerana tiada yang suka
Tetapi kerana si dia yang dijanjikan belum tiba
Si dia juga suatu rahsia
Teruslah menunggu dan berdoa
Moga kasih yang jauh itu semakin mendekat
Moga jalan yang panjang itu menjadi singkat
Saat itu pasti tiba
Sabarlah wahai hati
Usah resah andai ditakdir kau sendiri
Janji  Allah teramat pasti
Jika di dunia tiada jodoh bertemu mata
Pasti ada yang menunggumu di Syurga sana!
 
-Bungaungu-
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan