Khamis, 23 Januari 2014

Aku Terkesima - Jauhilah Zina


Teks        : Khairul Syifa Ismail

Gambar : Carian Google

 

 

http://4.bp.blogspot.com/_7Y3TDFDIN7w/TFD0Ei7HZEI/AAAAAAAAANE/oNSCvtKh2-U/s1600/38799_142125109148466_100000529336124_315641_4491840_n.jpg

 

Aku terkesima

Membaca tajuk berita utama

Seorang gadis lari ikut jejaka

Kemaruk cinta sejati kononnya

Akhirnya ditemui separuh nyawa

Dengan aib diri dinoda.

 

Aku terkesima

Mendengar kisah jiran bercerita

Bayi dijumpai dalam lubang tandas sekolah anaknya

Dibuang bagai najis gayanya

Syukurlah masih bernyawa

Tetapi Si ibu ghaib selamba

 

Air terkesima

Sahabat guru mengadu rasa

Anak pelajarnya baru menginjak remaja

Ditangkap kerana membawa gambar hina

Bila ditanya daripada mana dapatnya?

Jawabnya “ Dalam internet macam-macam ada”

 

Aku terkesima

Mahu ketawa pun ada

Mahu menangis lebih banyak rasanya

Mendengar buah minda seorang bijak pandai  berkata,

 

“Segalanya bisa selesai dengan aktiviti yang menyibukkan remaja, atau dedahkan mereka kepada pelajaran Seks secara terbuka.  Pasti mereka tahu cara menghindari buruknya ”

 

 

Sejujurnya, tidak perlu pening kepala

Merancang program yang tiada kesannya.

 

Duduklah sekejap

Renung dan fikirkan bersama

Ada kitab wasiat penyelesai masalah seisi dunia

Cuma syaratnya jangan mendabik dada

Atau mencedok amanatNya separa sahaja

Ikut sahaja apa yang dikata

Dari mula hingga hujung isi ayatNya

Ada modul segala program yang mahu direncana

InsyaAllah itulah ubat paling mujarab di  alam buana

Menyelamat maruah ummah semua.

Kalau tidak percaya segeralah cuba!

 

 

http://4.bp.blogspot.com/-XN-WORhJr9c/UYnVitBScFI/AAAAAAAAEqY/QC8RIgw9Gjs/s1600/Jangan-Hampiri-Zina-mselim3.jpg

 

 

********************************************

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4 ulasan: