Ahad, 22 Disember 2013

Tidur cara Rasulullah s.a.w


Teks         : Khairul Syifa Ismail
Gambar  : Carian Google


Tidur sebenarnya waktu istirehat yang paling berkualiti untuk tubuh badan manusia.  Istirehat yang cukup amat penting bagi menambah kecergasan badan  seterusnya menyumbang kepada kelancaran segala aktiviti kita setiap hari.  Akan tetapi tahukah kita  kadang-kadang tidur juga boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh badan manusia?   Hal ini boleh terjadi sekiranya kita tidak menjaga waktu tidur dengan sebaiknya.  Berikut adalah  beberapa kajian yang dijalankan terhadap cara tidiur  Rasulullah ( SAW ) dan apa kaitan dengan kesihatan tubuh badan manusia:
·         Rasulullah ( SAW ) tidak tidur selepas makan.
Kajian  juga membuktikan tidur selepas makan akan mengundang  pembentukan lemak dalam tubuh dan  makanan juga  lambat dicernakan.  Apa yang paling baiknya ialah berjalan-jalan sebentar selepas makan.
 
·         Rasulullah ( SAW ) tidak tidur sepanjang hari.
Kajian juga membuktikan orang yang tidur sepanjang hari boleh menyebabkan hilang kesegaran badan dan otak.  Badan akan terasa lesu tidak bermaya.
 
·         Rasulullah  ( SAW ) tidak tidur selepas Subuh ( awal pagi)
Kajian juga membuktikan  Hormon Kortisol iaitu sejenis hormon  aktiviti dalam tubuh manusia akan bertambah seiring dengan masuknya waktu solat subuh.  Apabila berlaku pertambahan hormon,  tekanan darah juga akan naik secara berperingkat.   Keadaan ini amat sesuai dan paling baik untuk manusia mula melakukan sebarang gerak kerja kerana mereka akan rasa lebih bersemangat.
 
·         Rasulullah ( SAW ) tidak tidur selepas waktu  Asar.
Tidur pada waktu ini akan menyebabkan seseorang menjadi bingung dan pening ketika bangunnya.  Jika tidak percaya cubalah lakukan!
 
·         Rasulullah ( SAW ) tidak pernah tidak tidur langsung.
Rehat amat penting untuk tubuh badan. Kajian menunjukkan orang yang tidak tidur selama sehari suntuk akan mempengaruhi kadar ethanol  hingga satu promil.  Perkara ini boleh menyumbang ke arah masalah yang lebih serius seperti mengalami  insomnia, gangguan jiwa, lemah ingatan dan halusinasi.
Rupanya dalam cara tidur Rasulullah ( SAW )  itu terkandung banyak rahsia kesihatan yang kita tidak tahu selama ini.  Rasulullah meminta umatnya mengikut sunnahnya tanpa  membuktikan kelebihannya terlebih  dahulu.  Di situ sudah terdapat hikmah besar  yang perlu digali.  Umat yang kasih dan taat kepada Rasulullah ( SAW ) pasti akan berbuat apa sahaja yang dibuat oleh Baginda tanpa  bertanyakan alasan.   
 
Alhamdulillah mereka yang cerdik pandai dan kuat berfikir telah membuktikan segala kebaikan cara hidup Rasulullah ( SAW ) ini melalui kajian-kajian yang dibuat.  Ternyata selama ini setiap gerak tingkah laku Rasulullah ( SAW ) itu penuh rahsia yang membawa kebaikan.  Amatlah rugi bagi kita jika masih enggan mengamalkannya!
 
*Sumber Rujukan  :  Buku Mengapa Rasulullah ( SAW ) Tidak Mudah Sakit  ( karangan Abdullah Al-Faruq )  dan nota penulis.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan