Rabu, 25 Disember 2013

Aku Bukan Penulis Hebat (sajak 2 )

Teks        : Khairul Syifa Ismail
Gambar   : Carian Google

Aku bukan penulis hebat
yang mampu menukil seribu kisah
dengan bahasa indah

Aku bukan penulis hebat
yang menang anugerah
penulis berwibawa

Aku bukan penulis hebat
yang kaya raya
kerana laku jualan karyanya

Aku bukan penulis hebat
yang hebat namanya
dikenali dunia

Aku hanya penulis biasa
Yang tidak punya nama di hati sesiapa
Namun masih mahu menarikan pena
Menulis kalam Rasul tercinta
Biarpun coretanku tidak dinobat hebat
Asal Tuhan tahu aku hanya mencari berkat!


- Bungaungu -


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan